25 August, 2019
Home » Malaysia » GISBH DIBERI KEPERCAYAAN MENGHIDUPKAN KEMBALI SERAMBI PEKAN

GISBH DIBERI KEPERCAYAAN MENGHIDUPKAN KEMBALI SERAMBI PEKAN

Pada 25 Februari 2018 telah berlangsungnya Majlis Kasih Sayang Perpaduan Sejagat anjuran bersama GISB Holdings Pahang, Majlis Daerah Pekan dan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) Pahang. Ia telah diadakan di Kompleks Serambi Pekan, Bandar Pekan, Pahang. Program yang bertemakan ‘Gembirakan hamba Allah Nescaya Allah akan gembirakan kita’ ini dianjurkan adalah untuk meraikan golongan-golongan yang memerlukan perhatian dan kasih sayang seperti anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal dan asnaf zakat.

Program ini adalah cetusan pengarah GISB Holdings Pahang, Yang Berbahagia Tuan Mohd Azral Mohd Noor yang telah dijadikan sebagai program usahasama bersama pihak Majlis Daerah Pekan dan ECERDC khususnya didalam menghidupkan semula fungsi Serambi Pekan sebagai sebuah R & R dan pusat ekonomi setempat.

YDP Daerah Pekan En Rose Shamsul;

Turut hadir memeriahkan majlis adalah tetamu-tetamu kehormat iaitu Dato’ Lokman Hakim Pfordten merangkap Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd, Tuan Zulkifli Yaacob iaitu Pengurus Besar Jabatan Pembangunan Modal Insan Pembangunan Wilayah Ekonomi pantai Timur, Encik Rose Shamsul Razak selaku Yang Dipertua Majlis Daerah Pekan, Tuan Mohd Azral Mohd Noor selaku Pengarah GISB Holdings Pahang dan Sabah, Tuan Hasnan Abdul Hamid iaitu Pengarah GISB holdings Wilayah Utara Malaysia dan Thailand dan juga barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah serta Setiausaha syarikat GISB Holdings.

Dato’ Lokman Hakim Pfordten Ketua Pegawai Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd dalam ucapan beliau menyatakan penghargaan terima kasih kepada pihak ECERDC Malaysia khususnya Pahang diatas kepercayaan dan keyakinan kepada GISB Holdings didalam menawarkan untuk dihidupkan dan dimeriahkan kembali Kompleks Serambi Pekan.

Majlis juga turut diserikan dengan persembahan oleh generasi harapan dengan persembahan nasyid serta menaiki kuda dan kereta kuda dari Ikhwan Stable Pahang. Antara tetamu dari golongan yang diraikan adalah dari Maahad Tahfiz Al Muhammadi, Rumah Penyayang Tun Abd Razak, Rumah Penyayang Sultanah Kalsom dan masyarakat setempat.

Semoga usahasama ini akan berterusan sebagai sebuah ikatan kasih sayang serta dapat menaungi golongan-golongan yang memerlukan dan Serambi Pekan akan dapat menjadi sebuah tempat yang boleh mempertautkan hati dalam berkasih sayang yang menjadi kunci perpaduan sejagat tanpa mengira kaum, bangsa dan warna kulit.

 

Carian Terkini:

  • tuan zul ketua setiausaha gisb ikhwan