25 August, 2019
Home » Malaysia » Pahang » Road Tour Lanchang to London

Road Tour Lanchang to London

KUANTAN : Sempena Tahun melawat Pahang 2017, Negeri Pahang telah melancarkan program Lanchang to London iaitu program ekspidisi kembara dari Malaysia ke United Kingdom, menerusi jalan darat yang akan menempuh 11 buah negara sejauh 17 ribu kilometer.

Program tersebut di sertai oleh 68 orang dari pelbagai agensi yang melibatkan 17 buah kenderaan pacuan empat roda yang salah satu darinya dipandu oleh 3 wakil GISBH.

Pada 23 september, telah berlangsung majlis bacaan doa selamat dan solat hajat yang dihadiri seramai 300 orang termasuk semua ahli rombongan. Ia juga turut dihadiri oleh Menteri Besar Pahang YAB Dato’ Seri Adnan Yaakob, YB Exco pelancongan Pahang Dato’ Sharkar dan CEO GISBH Tuan Lokman Hakim Pfordten.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.