13 December, 2018
Home » Luar Negara » PAK ROBBY DARI SURINAME KAGUM DENGAN GISBH

PAK ROBBY DARI SURINAME KAGUM DENGAN GISBH

GISB Holdings terus melebarkan rangkaian perhubungannya ke benua Amerika Selatan apabila beberapa orang staf GISBH telah dihantar sehingga awal tahun 2017 ini ke negara bernama Suriname yang bersempadan dengan beberapa negara utara benua Amerika Selatan termasuk Brazil dan Guyana serta Lautan Atlantik dan Caribbean.

Perhubungan dengan negara Suriname yang terdiri dari pelbagai etnik dan keturunan termasuk Afrika, India dan Jawa diteruskan apabila GISBH telah membawa seorang warga Suriname yang bernama Robby Koesman Dragman atau lebih mesra dengan panggilan Pak Robby pada 10 Julai 2017 ke Malaysia.

Pak Robby menerima cenderahati dari CEO GISBH Dato’ Lokman Hakim di Subang

Pak Robby yang pernah menjadi Menteri Perdagangan dan Industri Suriname dari tahun 1996 hingga 2000 adalah orang yang banyak membantu segala urusan GISBH di Suriname. GISBH mempelawa beliau utnuk mengadakan lawatan ke tempat-tempat GISBH adalah sebagai penghargaan kepada sumbangan tidak ternilainya dalam membantu GISBH membuat perhubungan dengan penduduk Suriname terutamanya yang beragama Islam yang rata-rata berketurunan Jawa, Indonesia.

Pak Robby bersama CEO GISBH Dato’ Lokman dan beberapa Pengarah GISBH di Putrajaya

GISBH juga membawa Pak Robby untuk melawat cara kehidupan Islam yang telah dbangunkan sekian lamanya di dalam syarikat GISBH. Antara tempat yang dilawati adalah Pusat Perniagaan Ikhwan Bandar Country Homes, Rawang, Putrajaya, Sungai Penchala, Bandar Enstek, Kota Damansara, Bukit Beruntung dan Subang. Pak Robby seterusnya di bawa menziarahi cawangan-cawangan GISBH di Utara dan Selatan termasuk Bagan Berkat, Pulau Pinang, Pulau Langkawi, Kedah dan Air Bentan, Johor. Pak Robby bilamana melihat sahaja segala aktiviti GISBH yang bermula dari pendidikan sehingga aktiviti ekonomi dia menyatakan rasa kagumnya yang padanya ini tidak terdapat di mana-mana tempat.

Melihatkan anak-anak sejak kecil lagi sudah dikenalkan dengan Allah membuatkan Pak Robby sangat tersentuh hatinya. Menurut Pak Robby negaranya tidak ada pendidikan Islam kecuali hanya 2 sekolah sahaja. Yang lain terpaksa bersekolah di sekolah kristian. Beliau melahirkan rasa kebimbangannya tentang generasi akan datang di Suriname dan berhasrat untuk membawa segala sistem hidup ini ke tempatnya serta mengharapkn doa dan keberkatan dari semua di Malaysia.

Pak Robby mengakhiri lawatan bermakna baginya pada 24 Julai 2017 apabila beliau meninggalkan seribu kenangan sepanjang berada di Malaysia dan membawa seribu harapan untuk warga Suriname menuju ke Paramaribo, ibukota negara Suriname.