18 October, 2019
Home » Malaysia » Perak » PERTANDINGAN MEMANAH DI BATU HAMPAR DAPAT PERHATIAN DARI PEMANAH NEGARA

PERTANDINGAN MEMANAH DI BATU HAMPAR DAPAT PERHATIAN DARI PEMANAH NEGARA

Pada 21 Mei 2017,  Jabatan Sukan Sunnah Berkuda dan Memanah di Perak telah menganjurkan pertandingan memanah bagi peringkat zon di Taman Ikhwan Batu Hampar, Perak sebagai menyahut hasrat seluruh barisan ahli lembaga pengarah GISB Holdings.

Dengan tema Panah Mazmumah Di Dalam Diri pertandingan memanah tersebut sangat mendapat perhatian dari Encik Anuar yang merupakan pemanah negara dan juga kenalan kepada Yang Berbahagia Dato’ Lokman Hakim Pfordten, CEO GISB Holdings.

Encik Anuar turut sama turun padang memberi panduan dan tunjuk ajar serta semangat kepada semua peserta yang terlibat.

Seramai 36 orang peserta lelaki dan perempuan dari kalangan pemuda pemudi dan remaja telah terlibat dalam pertandingan tersebut. 

Bermula seawal jam 7:30 pagi bagi sesi pendaftaran dan seterusnya ucapan perasmian oleh Encik Anuar. Pertandingan berlangsung pada jam 10 pagi dengan perlawanan yang sangat sengit dan dijuarai oleh remaja lelaki bernama Muhammad Qayyum. 

Enik Anuar sangat positif dan sangat berpuas hati dengan pertandingan yang diadakan dan berbangga dengan Syarikat GISB Holdings yang tak pernah sunyi dari menganjurkan program yang membawa manfaat pada masyarakat.