24 February, 2020
Home » Malaysia » Perak » GISBH PERAK ZIARAH HARI RAYA DI KEDIAMAN MUFTI PERAK

GISBH PERAK ZIARAH HARI RAYA DI KEDIAMAN MUFTI PERAK

Pada tarikh 1 Syawal 1438H bersamaan  25 Jun 2017, Tuan Mohamed Johan Abdul Hamid, Ahli Lembaga penasihat merangkap Pengarah GISB Holdings cawangan negeri Perak, telah membuat kunjungan Hari Raya Aidil Fitri kepada Yang Berbahagia Tan Sri Dato’Seri Haji Harussani bin Zakaria, Mufti Negeri Perak, dikediaman beliau di Kampung Melayu, Sungai Rapat, Ipoh.  

Kunjungan itu dibuat untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dengan Mufti Perak.  Turut hadir dalam majlis tersebut adalah yang berbahagia Dato’ Haji Abdul Malek Awang Kechil yang mempunyai Ground Handling Di Makkah bersama 7 orang staff GISB Holdings.  Dalam pertemuan tersebut, Tuan Mohamed Johan Abd Hamid, memberitahu beliau bahawa GISB Holdings mempunyai Muassasah di Bandar Haramain, beliau lantas mengatakan “Kalau Muassasah lebih hebat lah.”

Berusia 78 tahun, beliau menceritakan tentang suasana politik Malaysia yang kini dilihatnya semakin bergolak dan dilihatnya semakin uzur. Beliau terus memberi nasihat kepada kepimpinan negara Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Najib Tun Razak dan Yang Amat Berhormat Tun Dr. Mahathir agar menjaga perpaduan demi agama, bangsa dan negara.