12 August, 2020
Home » Malaysia » RESTORAN GH CORNER BEHRANG JADI TUMPUAN UNTUK PELBAGAI PROGRAM

RESTORAN GH CORNER BEHRANG JADI TUMPUAN UNTUK PELBAGAI PROGRAM

[:my]

Pada 18 Mei yang lalu, seramai 165 orang daripada Kelab Stamping Proton Tanjung Malim Sendirian Berhad telah mengadakan majlis beramah mesra dan bersilaturrahim di salah satu rangkaian restoran GISB Holdings iaitu Restoran GH Corner di Behrang, Perak.

Restoran GH Corner tersebut terletak berdekatan dengan kawasan perindustrian negara Proton City di alamat  96, Jalan Wawasan Dagangan 1, Bandar Behrang, 2020 Jalan Tanjung Malim – Slim River, 35900 Tanjung Malim, Perak.

Untuk tujuan majlis tersebut pihak GH Corner Behrang telah menempah 2 buah khemah bagi menempatkan keseluruhan pelanggan yg datang pada hari tersebut. Seramai 65 orang tetamu dijamu didalam restoran manakala 100 orang lagi makan di bawah khemah. Majlis telah diisi dengan ucapan dari ketua kelab Kelab Stamping Proton Tanjung Malim dan juga cabutan bertuah.

Pihak GISB Holdings cawangan Behrang telah menghadiahkan sebuah persembahan nasyid dari kumpulan Putera Harapan. Para tetamu telah dihidangkan dengan masakan lamb chop rice, chicken chop rice dan buah-buahan. Mereka sangat berpuas hati dengan makanan yang dihidangkan serta kemudahan yg disediakan. Malah mereka sangat terharu dengan persembahan nasyid dari Kumpulan Putra Harapan yang dibuat secara percuma. Encik Faizal selaku ketua kelab tersebut yang pada asalnya pernah datang menjamu selera di GH Corner Behrang terbuka hati untuk membuat program kelab beliau disini dikeranakan menu yang menarik dan harga yang murah dan berpatutan ditambah dengan suasana restoran GH Corner Behrang yang agak unik dan strategik.

Sementara itu pada 12 April lepas seramai 8 orang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris atau lebih dikenali dengan panggilan UPSI telah menjadikan GH Corner Behrang sebagai tempat utk menyelesaikan assignment khidmat masyarakat mereka. Seramai 3 orang lelaki dan 5 orang perempuan telah menjadi staff GH Corner Behrang pada malam tersebut. Mereka menjadi pelayan dengan menghidangkan makanan, membakar sate dan membasuh pinggan di dapur. Apa yg menarik apabila salah seorang daripada peserta itu yang berasal dari Sandakan, Sabah memyatakan bahawa beliau sangat kenal dengan GISB Holdings kerana rumah beliau terletak di belakang deretan kedai yang terdapat kilang roti GISB Holdings disana.

Pelajar-pelajar itu sangat tertarik dengan konsep GH Corner yang kesemuanya diuruskan oleh para remaja yang seumur mereka tetapi telah berjaya melagangkan satu bentuk perniagaan Islam yang cantik dan indah. Selepas mereka tamat berkhidmat pada malam tersebut pihak GH Corner Behrang telah membuat satu pertemuan bersama mereka. Dalam pertemuan itu pihak GH Corner Behrang telah menerima sebuah hamper penghargaan dari mereka.

[:]