23 September, 2018
Home » Malaysia » TAHFIZ DARI PERAK TEMPAH JUBAH DI GALERI IKHWAN

TAHFIZ DARI PERAK TEMPAH JUBAH DI GALERI IKHWAN

Pada 21 Februari2018, satu rombongan tetamu dari Madrasah Tahfiz Firdaus Al Warisi, Tapah, Perak tiba di Pusat Perniagaan Ikhwan di Adenium, Bukit Beruntung. Rombongan seramai 42 orang pelajar, 5 orang guru dan 2 orang staff itu dibawa oleh Mudirnya iaitu Ustaz Marizifirdaus bin Mohd Ariffin dan isterinya Ustazah Sarimah binti Sam.

Mereka datang untuk menempah Jubah di Galeri Ikhwan Bukit Beruntung (GIBB). Alhamdulillah setelah dilatih, para remaja lelaki sangat membantu mengambil ukuran badan mereka. Ini juga memberi teladan bagaimana, perniagaan atas nama Allah dan Rasul sangat menitik beratkan syariat, sementelahan kesemua staff Galeri Ikhwan Bukit Beruntung adalah muslimah.

Setelah selesai mengambil ukuran jubah, semua tetamu di bawa ke Bundle Berkat Ikhwan. Setiap pelajar diberi peluang oleh Pihak Pengurusan Madrasah yang berbelanja, untuk memilih sendiri pakaian mereka untuk digunakan sebagai pakaian aktiviti di luar kelas.

Kemudian mereka dibawa ke Sekolah Rendah Islam Integrasi Yaqutul Fuad untuk mendengar taklimat tentang perjalanan pengurusan pendidikan oleh Mursyid. Taklimat telah disampaikan Ustzah Nurul Baiti Hj Sahrin. Disamping itu mereka dihiburkan dengan persembahan pelajar-pelajar sekolah rendah. Mereka juga dibawa melihat sekitar Ikhwan Freshmart disamping mendapat taklimat mengenai ekonomi Islam yang dilagangkan oleh GISB Holdings Sdn Bhd, bahkan turut berbelanja di Ikhwan Freshmart. Antara yang mereka beli untuk dibawa pulang ialah 20 kilogram tepung dari Turki yang diimport terus oleh GISB Holdings Sdn Bhd.

Para tetamu kemudian dijamu makan tengahari di Bakeri RAK yang telah mereka tempah lebih awal iaitu Nasi Ayam Cheese dan Burger Ayam deluxe. Mereka sangat gembira dengan hidangan yang disediakan dan memuji-muji keenakannya. Antara yang menarik, bila mana melihat produk Donat Berkat mereka kata setanding dengan Dunkin Donat dan bila melihat Ayam Rangup Ikhwan mereka kata setanding KFC. Selesai jamuan mereka diberi peluang menonton tayangan Profile GISB di Dewan Berkat. Mereka sangat teruja seraya banyak bertanyakan perkembangan GISB Holdings diluar negara.

Akhir sekali kesemua tetamu dibawa ke Taman Tuan di mana terletaknya Maahad Tahfiz Vokasional Ar-Rasidi. Para tetamu sangat gembira melihat aktiviti menunggang kuda, ternakan ayam dan mereka juga diberi peluang bermesra dan memberi makan kepada rusa-rusa di Taman Rusa Ikhwan, Taman Tuah.