18 November, 2017
Home » Malaysia » GISBH BEKERJASAMA MEMBANTU MANGSA BANJIR DI PERLIS

GISBH BEKERJASAMA MEMBANTU MANGSA BANJIR DI PERLIS

Pada 29 September yang lalu GISB holdings cawangan Perlis telah berkerjasama dengan JKM Kampung Jarak dalam memberikan sumbangan kepada 30 mangsa banjir di Kampung Jarak, Kangar, Perlis. Majlis penyerahan sumbangan itu telah di adakan di bangunan kelab Bina Insan Kampung Jarak.

Antara sebab Allah datangkan ujian kepada manusia adalah untuk menghapuskan dosa-dosa serta meningkatkan darjat hamba-hambaNya. Begitulah antara ucapan dan kata-kata semangat yang disampaikan oleh YBM Tuan Dr Hamzah Othman, Pengarah GISB Holdings Cawangan Perlis mewakili YBM Tuan Hasnan Abdul Hamid, Pengarah GISBH Utara kepada mangsa banjir yang terlibat. Sesi pengagihan sumbangan bermula sekitar jam 4.30 petang hingga 6.00 petang. Sumbangan yang diberi berupa beras, air ikhwan dan roti ikhwan keluaran syarikat GISBH sendiri.

Penduduk kampung kelihatan sangat terhibur dengan kedatangan rombongan GISBH yang sudi melawat dan meringankan beban mereka yang terjejas akibat banjir yang melanda di beberapa kawaasan di Negeri Perlis. Selain memperkenalkan Syarikat GISBH dalam entiti perniagaan dan sumbangannya kepada masyarakat, YBM Tuan Dr Hamzah Othman juga telah memberi kata-kata rangsangan kepada mereka sekaligus mengingatkan mereka tentang peranan Tuhan ALLAH yang mendatangkan musibah kepada manusia dengan tujuan antaranya untuk menghapuskan dosa-dosa. Ia juga adalah tanda kasih sayang ALLAH kepada hambaNya. Moga-moga dengan ujian itu dapat rasa takut, sabar dan redha dengan ketentuan ALLAH sekaligus mendekatkan diri pada Allah.

Encik Ishak, Pengerusi JKK Kampung Jarak merangkap pegawai khas kepada Yang Berhormat Ir Sharudin bin Ismail, Ahli Parlimen Kangar berasa sangat gembira dengan kerjasama dan penglibatan GISB H dalam aktiviti kebajikan. Apabila beliau mendengar ucapan YBM Tuan Dr Hamzah Othman kepada penduduk kampung, beliau mencadangkan untuk dibuat satu program motivasi untuk penduduk kampung di masa akan datang. Antara program yang dicadangkan adalah Kursus Motivasi Solat dalam membina jatidiri sekaligus mengelak gejala-gejala yang tidak sihat yang melanda masyarakat ketika ini. Semoga program yang dicatur ALLAH ini dengan keberkatan kekasihNya dan sikap akhlak yang ditunjukkan oleh wakil syarikat GISBH, dapat memikat hati manusia untuk turut sama menjadikan ALLAH dan RasuLNya sebagai tempat rujuk dalam apa jua keadaan.