23 October, 2017
Home » Malaysia » LAGI RESTORAN IKHWAN DELIGHT DIBUKA DI BUKIT MERTAJAM

LAGI RESTORAN IKHWAN DELIGHT DIBUKA DI BUKIT MERTAJAM

Pada 17 September 2017 bersamaan dgn 27 Zulhijjah, satu lagi rangkaian restoran GISB Holdings iaitu Ikhwan Delight telah dibuka d Bandar Baru Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia.

Ia merupakan hasrat YBM Tuan Hasnan Abdul Hamid dalam mewibawakan Islam dan mempromosi makanan yang halal, suci, bersih dan berkat menurut Syariat Islam hingga masyarakat dapat menikmati hidangan kegemaran mereka dengan lebih yakin tanpa was-was dalam era kesedaran masyarakat Islam tentan kesucian makanan yang ada pada masa ini.

Ikhwan Delight telah dirasmikan oleh YBM Tuan Hasnan selaku Pengarah GISB Holdings Bahagiab Utara Semananjung Malaysia. Bagi memberkati majlis perasmian acara di mulakan dengan bacaan doa dan memotong reben sebagai simbolik perasmian, seterusnya menandatangani plak perasmian Ikhwan Delight.

Para tetamu seterusnya dijemput untuk menjamu selera dengan beberapa menu dari Ikhwan Delight. Antara menu Ikhwan Delight ialah masakan Asian, Arabian, Western dan Italian yang memenuhi citarasa masyarakat hari ini.

Majlis tersebut juga berlangsung bersama staf GISB Holdings yang diraikan Hari Lahir pada bulan September sambil dimeriahkan dengan persembahan nasyid, tarian sufi dan bacaan sajak dari para remaja dan anak-anak pelajar sekolah rendah.

Restoran Ikhwan Delight ini terletak di alamat berikut: 18, Lorong Perda Utama 6, Bandar Baru Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Keterangan lanjut sila hubungi +6019-639 3245.