23 October, 2017
Home » Malaysia » GISBH diundang ke Kursus Haji anjuran Jad Travels

GISBH diundang ke Kursus Haji anjuran Jad Travels

Bersempena Musim Haji 1438H, Syarikat Jad Travel & Tours yang mengambil khidmat Muassasah Global Ikhwan di tanah suci Makkah dan Madinah telah mengadakan kursus Haji untuk para jemaahnya. Kursus yang diadakan pada 12hb Ogos 2017 telah diadakan di Hotel Marriot, Putrajaya.

Antara khidmat yang disediakan oleh Muassasah Global Ikhwan adalah pengurusan hotel, pembimbing ibadah haji (mutawwif) dan pengurusan catering sepanjang keberadaan jemaah di tanah suci. Ini adalah kali ke dua JAD Travels mengambil perkhidmatan ini.

YBM Tuan Hj Salleh Saliyan Pengarah GISB Holdings Zon Haramain merangkap Pengarah Urusan Muassasah Global Ikhwan telah diundang ke Kursus Haji yang dianjurkan oleh Jad Travels sebagai wakil dari Muassasah Global Ikhwan. Beliau telah disambut oleh Yang Berbahagia Dato’ Ujad Abu Bakar, CEO Jad Travels dan ahli lembaga Pengarah Jad Travels.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi maklumat awal perjalanan dan berkongsi maklumat dalam menyelesaikan perlbagai permasalahan yang dikhuatiri berlaku sepanjang berada di tanah suci agar segala aktiviti berjalan dengan lancar. Kebanyakan jemaah JAD Travels adalah daripada golongan atasan.

YBM Tuan Hj Salleh Saliyan turut beramah mesra bersama para jemaah yang akan menunaikan haji pada tahun ini. Mereka juga telah diberi maklumat mengenai Muassasah Global Ikhwan, yang turut menyediakan pakej seperti perkhidmatan penyembelihan korban, dam dan kenduri kesyukuran.

Semoga dengan khidmat yang Muassasah Global Ikhwan berikan, setiap tetamu Allah yang datang ke tanah suci dapat disuburkan jiwa dan hati mereka sehingga dapat takut setakut-takutnya kepada Allah dan rindu serindu-rindunya kepada Baginda Rasulullah.