13 December, 2018
Home » Malaysia » GISBH GUNA BOT SENDIRI UNTUK PROGRAM JUMA’AT BERKAT

GISBH GUNA BOT SENDIRI UNTUK PROGRAM JUMA’AT BERKAT

Pada 13 Julai 2018 GISB Holdings cawangan Sabah melalui unit nelayan Ikhwan telah mengadakan aktiviti khidmat masyarakat dengan mengagihkan pek Juma’at berkat kepada para nelayan di sekitar pelabuhan kapal Anjung Senja Kota Kinabalu menggunakan bot Nelayan MUFID milik GISBH.

Mengambil keberkatan program Juma’at Berkat yang telah diperkenalkan oleh Y.Berbahagia Tuan Mohd Rasidi Abdullah, Pengerusi Eksekutif GISBH, unit nelayan Ikhwan turut memburu keberkatan dengan mengagihkan pek Juma’at Berkat kepada para nelayan di sekitar pelabuhan Kapal Anjung. Operasi pengagihan sebanyak 50 pek makanan berupa mee goreng dan telur mata itu bermula selepas solat Juma’at dan berakhir pada jam 3 petang melibatkan krew unit nelayan Ikhwan.

Bot Nelayan MUFID yang bermaksud ‘yang memberi manfaat’ milik GISBH ini dibeli pada bulan Jun 2018 untuk keperluan menangkap ikan bagi Unit Nelayan Ikhwan Sabah.

Terima kasih diucapkan oleh para nelayan sekitar pelabuhan itu dan mereka sangat terhibur dengan Khidmat yang diberikan oleh krew Unit Nelayan Ikhwan GISBH Sabah. Ia juga bertepatan dengan hasrat Pengerusi Eksekutif GISBH, Tuan Mohd Rasidi Abdullah untuk menjadi sebaik-baik manusia ialah yang paling banyak memberi manfaat kepada manusia lain.

Semoga golongan nelayan akan dibela dan dipandu dengan wujudnya satu golongan nelayan model yang membesarkan Allah dan merindui Nabi dalam kehidupan mereka.