13 December, 2018
Home » Malaysia » RESTORAN GH CORNER SANDAKAN MENAJA PROGRAM ANJURAN MAWIS

RESTORAN GH CORNER SANDAKAN MENAJA PROGRAM ANJURAN MAWIS

Pada 28 Oktober yang lalu telah diadakan satu majlis berkasih sayang dan berkongsi rasa bersama anak-anak Madrasah Waqaf Islamiah Sabah (MAWIS) anjuran Restoran GH Corner Sandakan bertempat di tingkat atas Restoran GH Corner,Sandakan, Sabah.

Majlis yang bermula pada pukul 7 petang itu telah dihadiri oleh Ybhg Tuan Mohd Azral Mohd Noor, Ahli Lembaga Penasihat GISB Holdings merangkap pengarah GISB Holdings Sabah, wakil daripada Jabatan Pedidikan Daerah Sandakan, Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan cawangan Sandakan, Pengetua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Mohammad Fuad Stephens, Sandakan dan para dermawan. Turut diraikan anak-anak dari rumah-rumah amal yang lain.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dari wakil Remaja Pembela Ummah Sandakan.

Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Puan Sharifah Norshita Syed Alwi selaku pengerusi Madrasah Waqaf Islamiah Sabah (MAWIS). Dalam ucapannya, beliau berterima kasih kepada pihak Restoran GH Corner Sandakan kerana telah menaja program pada malam tersebut. Beliau juga turut memperkenalkan sistem pendidikan yang telah dilagangkan di dalam MAWIS iaitu berlandaskan sistem pendidikan Islam yang menjadikan Allah sebagai matlamat dan Rasulullah SAW sebagai contoh kehidupan agar dapat melahirkan generasi bertaqwa di masa akan datang.

Majlis juga turut menjemput Encik Abdul Haris selaku pengurus Restoran GH Corner Sandakan untuk memberikan ucapan. Majlis diserikan lagi dengan tayangan video profil MAWIS dan disusuli pula dengan persembahan dari anak-anak MAWIS. Rata-rata tetamu memberi respon yang baik dan ada di antara mereka yang merasa sebak dengan persembahan yang telah dipersembahkan pada malam tersebut.

Majlis berakhir pada pukul 10 malam dengan sesi bergambar bersama anak-anak MAWIS.