22 November, 2018
Home » Malaysia » RESTORAN IKHWAN KOTA KINABALU SEMAKIN DIKUNJUNGI RAMAI

RESTORAN IKHWAN KOTA KINABALU SEMAKIN DIKUNJUNGI RAMAI

Datuk Azni Nawawi

Pada 8 Februari, 2018 selebriti popular seorang pengacara, pelakon, penyanyi dan bekas penyampai radio, Datuk Aznil Nawawi datang berkunjung untuk menjamu selera makan tengah hari. Beliau yang baru sahaja tiba di Lapanganterbang Antarabangsa Kota Kinabalu seolah-olah dipandu agar terus ke Ikhwan Restoran Kota Kinabalu untuk menjamu makan tengah hari. Sambil menjamu selera matanya tidak beralih dari melihat rancangan di TV Ikhwan yang dipasangkan pada skrin tv. beliau sangat teruja apabila melihat perkembangan syarikat GISB Holdings Sdn Bhd yang disiarkan dalam Buletin Ikhwan.

Seterusnya pada 14 Februari 2018, 14 bekas penerbit rancangan BERSAMAMU TV3, Mazlin Nordin bersama bebrapa orang krew TV datang berkunjung ke Ikhwan Restoran Kota Kinabalu untuk menjamu selera makan tengah hari. Kedatangan mereka yang hanya untuk menjamu selera walaupun sebelum ini pernah berkunjung ke sini namun kali ini mereka diberi layanan istimewa apabila wakil GISB Holdings memberi sedikit cenderahati dan bergambar kenang-kenangan.

Kemudian, pada 26 Februari 2018 seramai 40 orang dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah datang berkunjung ke Ikhwan Restoran Kota Kinabalu bagi menjamu selera makan tengah hari. Kedatangan mereka yang secara mengejut tanpa makluman awal membuatkan staf restoran berasa cemas namun dengan keberkatan Rasulullah SAW berlakulah keajaiban apabila lauk pauk mencukupi untuk semua para tetamu walaupun pada masa yang sama ada tempahan katering.

Carian Terkini:

  • mazlin nordin