14 July, 2020
Home » Malaysia » BERITA POLIGAMI INDAH DI HARIAN METRO

BERITA POLIGAMI INDAH DI HARIAN METRO

Pada 9 Disember 2017 lalu, Pusat Perniagaan Ikhwan, Bandar Country Homes, Rawang, Selangor telah menerima kunjungan daripada Encik Idris yang merupakan wartawan akhbar Harian Metro serta juru gambar Puan Syazana. Tujuan kedatangan mereka adalah untuk menemuramah YBM Tuan Mohd Shukri Mohd Noor, bersama 4 orang isterinya berkaitan kehidupan rumahtangga Poligami Indah yang diperjuangkan oleh GISB Holdings Sdn Bhd.

Ia adalah rentetan gambar-gambar pasangan poligami yang diraikan sewaktu Karnival Maulidurrasul yang berlangsung pada bulan lepas yang menjadi viral di group Applikasi Whatsapp dan juga di Media Sosial.

Temuramah bersama Tuan Mohd Shukri sekeluarga diadakan di Rumah Tamu Pengerusi Eksekutif RTPE. Encik Idris dan Puan Syazana diberi penerangan bukan sahaja disekitar poligami, malah turut difahamkan berkaitan perkahwinan menurut Islam, dasar dan cita-cita di dalam perkahwinan serta konsep keadilan yang sebenarnya.

Dengan keberkatan para kekasih Allah pada 12 Disember lalu, artikel bertajuk ‘Ramuan Madu Empat’ yang memaparkan Tuan Mohd Shukri bersama 4 isterinya telah dimuatkan di muka depan Akhbar Harian Metro. Laporan penuhnya juga terdapat pada sisipan muka surat 3 akhbar tersebut. 3 hari selepas itu, pada 15 Disember, Encik Idris sekali lagi telah mengupas berkenaan poligami indah di dalam artikelnya di akhbar tersebut. Itu semua adalah keberkatan para kekasih Allah, didatangkan orang-orangnya bagi mempromosikan Poligami Indah yang menjadi amalan para kekasih Allah.

Poligami Indah yang bahagia dan harmoni semuanya berlaku dengan keberkatan para kekasih Allah. semoga ianya dapat menyedarkan masyarakat yang selama ini dipengaruhi stigma negatif mengenai poligami supaya dapat melihat ianya sebagai suatu keperluan bagi mendidik nafsu wanita seterusnya menyelamatkan para wanita dunia dan akhirat.

Carian Terkini:

  • Shukri mohd noor poligami ikhwan
  • Tuan mohd shukri mohd noor poligami indah