13 December, 2018
Home » Malaysia » CEO GISBH HADIR DI PROGRAM REALITI TV MANHAJ MUTAWIF

CEO GISBH HADIR DI PROGRAM REALITI TV MANHAJ MUTAWIF

Pada 28 Oktober 2018, YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten, CEO GISB Holdings Sdn. Bhd. mendapat jemputan rakannya, Penerbit Program Realiti Manhaj Mutawwif, Ustaz Abdul Halim Ikhsan dan isterinya Puan Hajar ke program Perasmian Aplikasi Manhaj Mutawwif dan Perasmian Musim Kedua Program Realiti TV Manhaj Mutawwif.

Program yang berlangsung di Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam, Selangor itu di hadiri oleh 27 orang VIP dan 300 orang tetamu. Di antara VIP yang hadir ialah Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan, Dato’ Rashidi Hasbullah yang mana beliau juga merupakan perasmi program.

Majlis juga dihadiri oleh artis-artis yang pernah terlibat dalam program Manhaj Mutawwif musim pertama yang mana mereka semua sangat mengenali YBM Dato’ Lokman Hakim. GISBH di wakili oleh YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten yang dijemput atas dasar menghargai usaha sama GISBH yang menjadi penaja dan penasihat pada program Manhaj Mutawwif di musim lalu dengan menaja makan minum semua peserta, tempat tinggal, tempat latihan, pembimbing mutawwif dan lain-lain.

Kehadiran YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten yang merupakan tetamu VIP sangatlah mendapat sambutan kerana sebahagian besar para tetamu sudah pun mengenali YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten yang pernah menjadi juri rancangan realiti TV tersebut.

Ustaz Halim juga sangat mengucapkan terima kasih kepada YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten kerana banyak memberi tunjuk ajar padanya dan beliau akui sangat terhutang budi kepada GISBH. Di majlis berkenaan juga lagu yang dipasang adalah Nasyid Generasi Harapan berjudul Mutawwif yang menjadi lagu tema program berkenaan.

Di majlis ini juga YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten ditemu bual oleh wartawan Red Penn TV untuk mendapat pandangan berkenaan program Mutawwif Musim Kedua. YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten juga sempat bersalaman dengan KSU Kementerian Pelancongan juga bergambar bersama Dato’ Anuar yang menjadi ‘funder’ utama rancangan dan Aplikasi mutawwif ini dengan berlatar belakangkan Kiswah Kaabah Zaman Uthmaniah.

Turut bersama YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten ialah Professor Dr. Muhaya Mohamad yang sempat diperkenal pada GISBH oleh beliau. Professor Dr. Muhaya juga kelihatan sangat terkejut bila diperkenalkan dengan isteri YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten, Datin Saiyidah Nafisah yang mempunyai anak seramai 15 orang dari beliau, yang dimana keseluruhannya 26 orang.

Untuk Musim Kedua ini, GISBH belum pasti lagi menjadi rakan penaja ataupun tidak untuk program ini. Pun begitu, tajaan GISBH dalam program sebelum ini sangat memberi kesan kepada semua pihak yang terlibat samada Ustaz Halim sendiri begitu juga para artis dan peserta program. Hingga hari ini ramai di antara mereka yang masih berhubung dengan YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten menerusi WhatsApp bertanya khabar, bertukar perkembangan dan meminta panduan. Majlis berakhir kira-kira pada jam 5 petang.

Moga hubungan GISBH dengan semua pihak di tengah masyarakat semakin erat untuk bersama-sama membawa perubahan di negara ini agar semakin dekat dengan Allah Ta’ala lalu mendapat rahmat dan pertolonganNya.