9 April, 2020
Home » Malaysia » GISBH MEMASANG BILLBOARD MAULIDURRASUL DI LEBUHRAYA UTARA-SELATAN

GISBH MEMASANG BILLBOARD MAULIDURRASUL DI LEBUHRAYA UTARA-SELATAN

Sempena Sambutan Maulidurrasul 1439 Hijrah yang bertemakan “Kesatuan Ummah Kesejateraan Negara” pada 25 November 2017, bersamaan 6 Rabiulawal 1439 H, Sektor Media GISBH sekali lagi mempromosikan syarikat GISB Holdings Sdn Bhd dengan pemasangan sebuah Billboard berukuran sebesar 11 kaki 4 inci X 41 kaki 4 inci di sisi Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS berdekatan dengan Plaza Tol Rawang, Selangor.

Billboard ini adalah bagi menggantikan yang lama yang dpasang hampir 2 bulan yang lepas. Billboard itu kini berwajah baru yang mempromosikan sambutan Maulidur Rasul dengan slogan Rasulullah contoh Peribadi Agung. Karnival Maulidur Rasul ini telah dilangsungkan secara besar-besaran di Pusat Perniagaan Ikhwan, Bandar Country Homes Rawang dari 1 hingga 3 Dis 2017, bersamaan dengan 12 hingga 14 Rabiul Awal 1439 Hijrah.

Lokasi Billboard Berkat ini, terletak ditempat yang sama iaitu di sisi LEBUHRAYA PLUS arah utara, selepas kawasan R&R Rawang, dengan berukuran sebesar 11 kaki 4 inci X 41kaki 4 inci.