27 June, 2019
Home » Malaysia » Selangor » IKHWAN COFFEE HOUSE DIBUKA DI PPI, BCH

IKHWAN COFFEE HOUSE DIBUKA DI PPI, BCH

Sempena mengambil keberkatan bulan Ramadhan yang mulia, pada 9 Mei 2019 bersamaan 5 Ramadhan 1440H, jam 9:45 malam, Pengerusi Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd, Ybhg Tuan Mohd Rasidi Abdullah telah merasmikan dan menandatangani plak perasmian satu lagi premis baru dengan mengadakan SOFT LAUNCHING bertempat di Pusat Perniagaan Ikhwan, Bandar Country Homes, Rawang, Selangor.

Premis yang diberi nama Ikhwan Coffee House ini bakal menyediakan pelbagai jenis pizza dan pastry yang akan dibuka sepenuhnya selepas Hari Raya Idul Fitri nanti.

Ikhwan Coffee House memulakan kerja-kerja renovasi pada pada awal Mac lalu dengan menelan perbelanjaan sebanyak RM34,000.00.

Acara perasmian itu turut diiringi oleh beberapa Pengarah GISB Holdings antaranya Ybhg Tuan Johan Abdul Hamid, Tuan Mohd Shukri Mohd Noor dan beberapa kepimpinan GISB Holdings di Pusat Perniagaan Ikhwan Bandar Country Homes, Rawang.

Majlis diakhiri dengan pemberian cenderahati dan sesi bergambar bersama Pengerusi Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd, Ybhg Tuan Mohd Rasidi Abdullah.