23 October, 2017
Home » Malaysia » KAFE IKHWAN KAJANG BERWAJAH BARU

KAFE IKHWAN KAJANG BERWAJAH BARU

Pada 22 April 2017 lalu, Kafetaria Ikhwan di Pusat Hentian Kajang yang ditukarkan ke nama barunya KAFE IKHWAN telah mengadakan Majlis Jamuan Sempena Sambutan Israk Mikraj sekaligus meraikan 2 pasangan pengantin baru Ashaari Arifin dengan Hanani Abdul Ghani dan Mohd Atuf Shafie dengan Nur Taqyah Mustafa.

Tujuan majilis tersebut juga adalah untuk memperkenalkan pengurusan baru Kafe Ikhwan di bawah pentadbiran gabungan GISB Malaysia dan Australia di bawah salah seorang Pengarah Syarikat GISB Holdings, Tuan Mohd Azri Mohd Yunus.

Antara tetamu yang hadir ialah Yang Dipertua dan Timbalan Penduduk Bandar Baru Bangi, Kepimpinan PAS Bandar Baru Bangi, Timbalan UMNO Serdang, Ketua Penerangan UMNO serta AJK Majlis Perbandaran Kajang, para pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi serta penduduk sekitar Kajang, Bangi dan Semenyih.

Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran dua orang pengarah syarikat GISB Holdings, Tuan Mokhtar Tajuddin dan Tuan Zaki.

Para tetamu dijamu dengan pelbagai hidangan istimewa termasuk Nasi Bryani Aussie juga dihiburkan dengan persembahan Nasyid dan Silat dari pelajar-pelajar Sekolah Menengah Agama Zadut Taqwa, Shah Alam.

Kafe Ikhwan bukan sahaja berwajah baru pada bahagian luar sahaja, tetapi juga bahagian dalaman serta tambahan menu masakannya. Selain dari menyediakan masakan sepanjang hari, Kafe Ikhwan juga menerima tempahan katering mengikut kehendak pelanggan.

Kafe Ikhwan dibuka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 11 malam berhampiran dengan setesyen bas utama Pusat Hentian Kajang beralamatkan  8, Jalan Hentian 2, Pusat Hentian Kajang, 
43000 Kajang, Selangor.

Untuk keterangan lanjut tentang Kafe Ikhwan Hentian Kajang ini para pelanggan boleh menghubungi talian yang berikut 011-2825 4944 atau 018-394 9240.

 

Carian Terkini:

  • kafe ikhwan kajang
  • mokhtar gisb
  • nasi briyani ghc