13 December, 2018
Home » Malaysia » KILANG MEE BARU DIBUKA DI SELANGOR

KILANG MEE BARU DIBUKA DI SELANGOR

Makanan yang halal itu mestilah diusahakan oleh tangan umat Islam itu sendiri. Justeru itu GISBH terus memperluaskan rangkaian perniagaan dalam memenuhi tuntutan agama Islam khususnya di dalam penyediaaan makanan yang suci, halal dan berkat.

Satu majlis perasmian Grand Opening sebuah lagi kilang di bawah kendalian GISB Holdings Sdn. Bhd. iaitu Kilang Mee Kuning Ikhwan telah diadakan pada 12 Ogos 2018 yang lepas.

Kilang Mee Kuning Ikhwan ini telah dibuka pada 3 tahun yang lalu dengan menggunakan mesin tanpa automotif telah diambil alih oleh GISBH Cawangan Kuala Selangor pada bulan Mei 2017. Dalam mewibawakan Islam ke peringkat global, kilang yang lama telah dipindahkan ke kawasan yang baru iaitu di Taman Nilam, Tanjong Karang, Selangor di mana mesin membuat mi kuning baru telah dibeli yang berharga RM140,000 pada bulan April tahun ini.

Kilang Mee Kuning Ikhwan itu telah dirasmikan oleh YBhg Pengerusi Eksekutif GISBH Tuan Mohd Rasidi Abdullah diiringi Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten bersama YBhg Tuan Mohd Fadhil Yasin selaku Pengarah Jabatan Perkilangan GISBH. Turut hadir wakil ahli lembaga penasihat GISBH dan para kepimpinan GISBH. Acara pemotongan reben dan menandatangani plak menjadi simbolik perasmian diikuti bacaan doa. Terdahulu, pada 20 Julai yang lalu telah diadakan “Soft Launching” oleh Pengarah Jabatan Perkilangan GISBH merangkap pengarah GISBH Zon Selangor 2 iaitu YBhg Tuan Mohd Fadhil Bin Yasin.

Para tetamu telah dibawa melihat secara langsung proses pembuatan mee kuning bermula dari bancuhan adunan hingga ke pembungkusan mee. Proses pembuatan mee kuning itu dikendalikan oleh para remaja yang diserapkan dari Jabatan Remaja dan Pemuda seramai 7 orang staf terdiri dari pengurus besar kilang dan bahagian operator pengendalian mesin.

Sehingga kini kilang mee kuning Ikhwan tersebut telah mengeluarkan 12 guni tepung sehari yang menghasilkan kira-kira 1200 bungkus mee. Mee yang dihasilkan akan diedarkan di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia melalui wakil pengedar dari Jabatan Perkilangan GISBH. Dengan keberkatan Rasulullah SAW dan para kekasihNya, kilang ini sedang mengusahakan persijilan halal dan MESTi agar mee kuning Ikhwan dapat dipasarkan secara meluas di semua rangkaian perniagaan.