4 June, 2020
Home » Malaysia » KURSUS MOTIVASI SOLAT TERUS MENDAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN

KURSUS MOTIVASI SOLAT TERUS MENDAPAT SAMBUTAN MENGGALAKKAN

[:my]

Satu kursus motivasi bertajuk Sembahyang Membina Peribadi Agung, anjuran Jabatan Motivasi dan Kaunseling GISB Holdings telah diadakan secara percuma di Dewan Perdana Ikhwan, Pelangi Square, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada Ahad, 16 April 2017. 
Ini merupakan kali ke 3 kursus berkenaan diadakan untuk tahun ini bagi memberikan kefahaman yang lebih kepada membaiki solat atau sembahyang yang merupakan tiang agama di dalam Islam.

Lebih dari 70 orang telah menghadiri Kursus Motivasi Sembahyang ini yang kebanyakan daripada peserta adalah dari kalangan mereka yang belum mengikuti kursus seumpama ini yang mendapat maklumat kursus menerusi media sosial dan kawan-kawan.

Pengisian kursus telah disampaikan oleh Tuan Johari Morad dan Tuan Mohammad Zaki Mohamed, dua orang pengarah di dalam syarikat GISB Holdings.

Bagi tujuan meningkatkan kefahaman kepada peserta, teknik penyampaian kursus dipelbagaikan di mana selain kuliah, peserta juga disajikan dengan persembahan nasyid, pentomin dan klip video.

Respon peserta kursus adalah positif dimana ada yang meminta panduan bagaimana hendak mencari guru mursyid untuk memimpin hati mereka kepada Allah. Malah ada  peserta yang  bertanyakan kaedah menyelesaikan masalah anak remaja mereka yang malas bersolat. 


InsyaAllah, kursus percufma ini akan diteruskan lagi pada masa hadapan sebagai satu usaha mengajak manusia untuk memperkemaskan lahir dan batin sembahyang, seterusnya mendapat cinta Allah dan rindukan Rasulullah SAW. Untuk kursus terdekat adalah akan diadakan pada 21 Mei ini di tempat yang sama iaitu Dewan Perdana Ikhwan, A-1-1 Pusat Perniagaan Pelangi, Persiaran Surian, Petaling Jaya, Selangor. Untuk keterangan lanjut dan tempahan dapat dihubungi terus Puan Nonati di talian 018-296 7402.

Sepanjang kursus motivasi dari jam 8 pagi hingga 6 petang tersebut, para peserta akan disajikan dengan sarapan pagi, makan tengahari dan petang yang disediakan oleh Kafetaria Ikhwan yang bertempat di tingkat bawah di mana kursus diadakan.

[:]