14 July, 2020
Home » Malaysia » MESYUARAT UMNO KAPAR DIADAKAN DI RESTORAN IKHWAN

MESYUARAT UMNO KAPAR DIADAKAN DI RESTORAN IKHWAN

Dengan Keberkatan Rasulullah SAW dan para kekasihNya, Restoran Nasi Ayam Hainan Ikhwan, Bandar Bukit Raja Klang, kini menjadi tumpuan masyarakat untuk majlis keluarga, sambutan hari jadi, majlis kesyukuran dan majlis perkahwinan. Menu yang menjadi tarikan utama ialah Nasi Ayam Hainan.

Pada 23 Januari 2018 satu majlis jamuan makan dan Mesyuarat Umno Bahagian Kapar bersama YB Dato’ Saroni Bin Judi yang merupakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Kapar, juga bekas ADUN Bahagian Kapar. Sebelumnya Beliau pernah datang pada Majlis Ihtifal Sekolah Rendah Islam Mihtahul Hikmah 2017 yang lalu, walaupun beliau datang di hujung majlis tersebut. 

Dengan berkat Rasulullah dan para kekasihnya, kedatangan kali kedua ini beliau membawa rombongan seramai 12 orang ahli UMNO Bahagian Kapar. YB Dato’ Saroni Bin Judi dan para tetamu disambut oleh Encik Zambri selaku wakil GISBH yang bertugas pada ketika itu. Majlis bermula pada jam 9 malam. selama Majlis jamuan makan, para tetamu juga ditayangkan Profil GISB dan beberapa tayangan TV Ikhwan. tayangan profil GISBH cukup mnjadi perhatian tetamu yang hadir.

Seterusnya tetamu dibawa ke Pejabat pentadbiran GISBH Cawangan Klang yang baru untuk program mesyuarat seterusnya, Dato’ Saroni dan rombongan sangat kagum dan teruja melihat Pejabat yang berwibawa. 

Mesyuarat berakhir pada pukul 11.30 Malam. Sebelum bersurai, Encik Madon selaku pegawai khas Dato’ Saroni dan AJK menyampaikan ucapan terima kasih dan sangat berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Mereka akan mencadangkan untuk semua biro pemuda UMNO mengadakan mesyuarat dan lain-lain aktiviti di sini pada masa akan datang.