14 July, 2020
Home » Australia » Nasi Briyani Aussie hidangan istimewa sempena Sambutan Israk Mikraj

Nasi Briyani Aussie hidangan istimewa sempena Sambutan Israk Mikraj

[:my]

Salah satu rangkaian restoran GISB Holdings Sdn Bhd, Kafetaria Ikhwan di Pusat Hentian Kajang dengan rasminya bertukar nama barunya KAFE IKHWAN di bawah pengurusan baru gabungan Malaysia dan Australia pada 22 April ini menjemput para pelanggan dari semua golongan dan lapisan masyarakat untuk menjamu selera secara percuma sebagai memperingati Peristiwa Israk Mikraj Baginda Rasulullah SAW.

Kafe tersebut yang sudah beroperasi lebih dari 10 tahun dapat kekal di Pusat Hentian Kajang memberi khidmat penyediaan makanan halal, bersih dan suci menurut Syariat Islam akan terus dinaik taraf ke arah yang lebih baik dan cemerlang.

Para jemputan akan disajikan dengan pelbagai juadah antaranya yang menarik dan istimewa adalah Nasi Briyani Aussie yang sudah pasti menjadi tanda tanya para jemputan apakah rasanya.

 

[:]