23 October, 2017
Home » Malaysia » Selangor » PELANCARAN ALBUM RAMADHAN & SYAWAL

PELANCARAN ALBUM RAMADHAN & SYAWAL

Album “Ramadhan Dan Syawal – Bulan Ketaqwaan” dari Akademi Generasi Harapan adalah sebuah hadiah buat semua umat Islam agar sama-sama dapat merasakan betapa besar dan agungnya bulan Ramadhan yang mulia. 

Pada 20 Jun lalu, dengan keberkatan para kekasih Allah, kumpulan Generasi Harapan telah melancarkan Album yang bertajuk “Ramadhan & Syawal – Bulan Ketaqwaan”. 

Album yang telah memuatkan 12 lagu itu telah dilancarkan oleh YBM Tuan Hasnan Abdul Hamid, selaku barisan Ahli Lembaga Pengarah GISBH di Dewan Motivasi Ikhwan, Pusat Perniagaan Ikhwan, Bandar Country Homes, Rawang, Selangor.

Seramai 40 orang jemputan yang terdiri daripada para Ahli Lembaga Pengarah GISB Holdings, VIP, wakil Media dan kenalan GISB Holdings telah hadir pada majlis petang itu. Antara tetamu jemputan VIP yang hadir adalah wakil Pejabat Polis Daerah Gombak, Dr. Azman Adnan bekas CEO Bank Rakyat, Presiden Warisan Nusantara, wakil media dari NST dan Utusan Malaysia.

Majlis pelancaran dan berbuka puasa itu disusuli dengan persembahan nasyid kumpulan Generasi Harapan. 

 

Carian Terkini:

  • generasi harapan ramadhan dan syawal 2017