13 December, 2018
Home » Malaysia » Perasmian Dewan Serbaguna Lembah Berkat 2 dan Majlis Silaturrahim Bersama Pengerusi Eksekutif GISBH

Perasmian Dewan Serbaguna Lembah Berkat 2 dan Majlis Silaturrahim Bersama Pengerusi Eksekutif GISBH

Bestari Jaya,  Selangor. 15 September 2018 bersamaan 5 Muharam 1440

Dengan keberkatan Baginda Rasulullah SAW,  YBhg Tuan Mohd Rasidi Abdullah, Pengerusi Eksekutif GISBH telah merasmikan Dewan Serbaguna di Lembah Berkat Dua (LB2), di bawah Sektor Penternakan dan Perladangan GISBH bertempat di Selangor Fruit Valley, Bestari Jaya Selangor.

Dewan yang berukuran 20 x 30 kaki persegi digunakan untuk sembahyang berjemaah dan dewan kuliah akan diperluaskan lagi untuk aktiviti petugas di LB2 seperti ruang rehat tamu dan lain-lain lagi.

Taklimat berkaitan pertanian telah disampaikan oleh En Abdul Wahab manakala taklimat pembangunan disampaikan oleh En Syurahbil Omar.

Kehadiran YBhg Tuan Rasidi bersama rombongan juga telah dibawa melawat ke sebahagian kawasan pertanian yang berukuran 28 ekar.

Selepas menikmati jamuan ringan, YBhg Tuan Mohd Rasidi Abdullah telah menyampaikan sumbangan kepada Pengurus dan kakitangan LB2, dan akhirnya pihak LB2 telah menyampaikan cenderahati kepada YBhg Tuan Mohd Rasidi Abdullah.

Semoga dengan keberkatan Rasulullah dan para kekasihnya, kami akan dapat memperkemaskan dan menambah lagi produk sayuran yang bersih, suci dan berkat untuk keperluan masyarakat. Moga kami dianugerahkan hati yang takut setakut-takutnya kpd Allah dan rindu serindu-rindunya kepada Rasulullah SAW.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi : 016-2873313 (En Kamil)
www.wasap.my/60162873313/Ladang+Berkat+Dua