13 December, 2018
Home » Malaysia » PERASMIAN RESTORAN GH CORNER CAWANGAN BUKIT BERUNTUNG

PERASMIAN RESTORAN GH CORNER CAWANGAN BUKIT BERUNTUNG

Perniagaan adalah sebagai laluan untuk seorang hamba mendekatkan diri kepada Allah dan mendapatkan rahmatNya. Keuntungan komersil bukanlah target utama, tetapi menegakkan semua syariat Allah melalui perniagaan itulah yang paling penting.

Pada 13 September 2018, Syarikat GISB Holding Sdn Bhd telah membuka sebuah lagi restoran baru atas nama Restoran GH Corner yang merupakan cawangan rangkaia GHC ke 31 di Bukit Beruntung, Selangor.

Menurut Timbalan Pengarahnya YBhg Tuan Mohd Humam Ashaari Attamimi, pembukaan tersebut telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk setempat dan menjadikan cawangan GH Corner ini ialah cawangan yang ke 31 daripada rangkaian Restoren GHC di bawah syarikat GISB Holdings Sdn Bhd.

Pelancaran cawangan GHC ini telah dilakukan pada 13 September yang lalu oleh YBhg Tuan Mohd Rasidi Abdullah selaku Pengarah Eksekutif GISB Holdings Sdn. Bhd. Acara perasmian turut dirasmikan bersama YH Dato’ Lokman Hakim Pfordten selaku CEO GISB Holdings Sdn Bhd serta diiringi oleh wakil Ahli Lembaga Penasihat GISBH YBhg Tuan Mohd Fadhil Yasin.

Turut hadir pada petang itu, barisan Timbalan Pengarah Zon GISB Holdings Sdn Bhd, ADUN Batang Kali, daerah Ulu Selangor, YB Dato Harumaini serta para tetamu yang terdiri dari kenalan korporat dan masyarakat setempat di sekitar kawasan Bukit Beruntung.

GH Corner Bukit Beruntung ini telah dibangunkan dengan kos sebanyak RM150 ribu menjadikan ia diantara 10 cawangan GH Corner yang tercanggih dengan perlengkapan terkini di dalam syarikat GISB Holdings.

Ia dilengkapi dengan akuarium air laut yang berharga RM50 ribu, sistem order menggunakan tab connection komputer yang berjumlah RM5 ribu, pintu masuk utama automatik serta kos prasarana berhawa dingin yang menelan kos berjumlah RM95 ribu ringgit Malaysia.

 

Carian Terkini:

  • restoran gh corner bukit beruntung