23 October, 2017
Home » Malaysia » Restoran GH Corner yang baru dibuka di Rawang

Restoran GH Corner yang baru dibuka di Rawang

 

Salah satu rangkaian restoran milk GISB Holdings di Pusat Perniagaan Ikhwan, Bandar Country Homes, Rawang, Selangor iaitu GH Corner telah dinaik taraf dengan lebih selesa, besar dan menarik serta lebih berwibawa iaitu sebuah kedai lot tepi yang lebih luas, diubah suai mengikut konsep yang lebih moden dan eksklusif. Restoran tersebut dirasmi dan dibuka  dengan gabungan  bersama Pengerusi Eksekutif Tuan Muhammad Rasidi Abdullah, Pengerusi Lembaga Penasihat GISBH Tuan Nasiruddin Mohd Ali dan CEO GISBH Dato’ Lokman Hakim Pfordten pada satu Majlis Perasmian Restoran GH Corner pada 24 Julai 2017 baru-baru ini.

Restoran GH Corner yang lama bertempat tidak jauh itu akan digantikan dengan  Galeri Ikhwan nanti.  Restoran GH Corner yang lama dibuka pada 30 Ogos 2014, hasil cetusan idea Dato’ Ibu Hatijah Amm. 

Restoran GH Corner baru ini dibuka setelah restoran yang sebelum ini tidak beroperasi lagi atas sebab-sebab yang tertentu, lalu GISB Holdings berpeluang membesarkan lagi perniagaan di sini. Dengan pembukaan Restoran GH Corner ini, maka rangkaian restoran milik GISB Holdings mencecah melebihi 110 buah restoran seluruh dunia. Rangkaian atas nama Restoran GH Corner sahaja sudah ada 27 cawangan termasuk di Indonesia, Mesir dan Thailand.

Majlis yang bermula pada jam 9.30 malam itu turut diserikan oleh persembahan nasyid dari Generasi Harapan. Seramai lebih 100 orang  tetamu yang terdiri daripada ahli lembaga pengarah dan warga kerja GISB Holdings  telah hadir bagi memeriahkan majlis tersebut. 

Majlis perasmian dan pembukaan GH Corner yang gilang gemilang itu bakal menjadi tumpuan masyarakat luar dan luar negara diuruskan sepenuhnya oleh reamaja kerana menu yang disediakan adalah menu internasional termasuk masakan Western, Italian, Thai, Indonesia dan Timur Tengah termasuk pasta, bakso, nasi ayam bakar, laksa tulang, pisang cheese sekaligus menambahkan lagi menu yang terdapat di Kafe Ikhwan yang sedia ada bertentangan atau seberang jalan dari Restoran GH Corner bersesuaian dengan kedudukan Pusat Perniagaan Ikhwan, Bandar Country Homes, Rawang, Selangor sudah dikenali ramai dari dalam dan luar negara yang tidak putus-putus menerima kunjungan pelawat yang meninjau model sebuah Bandar Islam.

 

 

 

Carian Terkini:

  • ghc generasi harapan corner gisbh
  • menu kedai makan ikhwan rawang