23 October, 2017
Home » Malaysia » SAMBUTAN HARI KELAHIRAN CEO GISBH MERIAH

SAMBUTAN HARI KELAHIRAN CEO GISBH MERIAH

12 Ogos merupakan tarikh bersejarah di GISB Holdings dimana pada 12 Ogos 1968 adalah tarikh kelahiran CEO atau Chief Executive Officer GISB Holdings, Dato’ Lokman Hakim Pfordten. Dilahirkan di Hospital Besar Ipoh, Perak dan dibesarkan di Cameron Highlands, Pahang, Dato’ Lokman Hakim diraikan dalam satu majlis menyambut Hari Kelahiran beliau yang ke 49 yang gilang gemilang di Pusat Pernigaan Ikhwan, Subang, Shah Alam pada 12 Ogos 2017 baru-baru ini bersama Majlis Perkahwinan Beramai-ramai dan Perasmian Restoran Ikhwan Cafe.

Majlis Perkahwinan tersebut bermula seawal jam 11 pagi dengan perarakan 9 pasang pengantin yang diraikan termasuk 1 pasangan poligami dengan penuh meriah.

Majlis ditambah tambah keberkatannya dengan kedatangan para tetamu terutama masyarakat setempat dari kediaman rumah pangsapuri yang berdekatan dan staf GISB Holdings dari sekitar Lembah Klang dengan hidangan disediakan oleh Ekhwan Catering yang lazat, suci, halal dan berkat kerana ia mencukupi untuk semua tetamu diluar jangkaan yang hadir pada malam itu.

Majlis diteruskan lagi pada sebelah petangnya dengan aktiviti menarik yang diadakan seperti memanah dan berkuda yang merupakan antara sukan sunnah Baginda Rasulullah SAW. Masyarakat yang datang juga sangat teruja dengan aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan.

Majlis diteruskan selepas Solat Isyak dengan acara perasmian premis baru iaitu sebuah restoran yang dinamakan Ikhwan Cafe yang disempurnakan oleh Dato’ Lokman Hakim Pfordten diiringi oleh Dato’ Sri Wan Naseer dan Tuan Abd Rahman Said salah seorang Pengarah GISB Holdings di Selangor.

Sebagai simbolik kepada meraikan Kelahiran Dato’ Lokman, Sembilan Pasangan Pengantin dan Perasmian Ikhwan Cafe, satu acara pemotongan kek bertingkat dan pulut kuning diadakan bersama Dato’ Lokman dan Dato’ Sri Wan Naseer, Tuan Fadhil Yasin sambil disaksikan oleh para tetamu dan hadirin pada malam tersebut.

Dato’ Lokman Hakim Pfordten menyampaikan ucapan perasmian dengan menyatakan penghargaan terima kasih kepada yang menyusun atur majlis semoga Allah membalasi dengan memohon pada Allah supaya diberi umur, kasih sayang , keredhoan, kerana hati yang terpisah dari Alah hati tidak akan tenang, keluh kesah, gelisah. Tetapi dengan adanya Allah dalam hati, sentiasa merasa Allah Maha Besar, Maha Kuasa.

Dato’ Lokman Hakim Pfordten berkata,”Allah itu Maha Penyayang, Maha segalanya, hati kita hidup, jadi bernyawa, subur, hati yang subur, bertenaga, hati yang ada kekuatan, akan mendorong manuasia untuk berbuat baik, sanggup untuk melakukan apa saja demi untuk kebaikan orang lain, demi untuk menyelamatkan orang lain. Itulah misi kedatangan Rasulullah SAW ke atas muka bumi ini iaitu membawa Islam, bawa keselamatan untuk umat Islam hingga ke hari ini.”

Dalam ucapan tersebut Dato’ Lokman Hakim Pfordten mengajak para hadirin menjejaki Rasulullah SAW untuk membawa keselamatan umat Islam di muka bumi ini dan membawa semula kasih sayang, membawa semula sifat-sifat positif, bela membela, bantu membantu, memaafkan diantara satu sama lain.

Di akhir ucapan beliau menyatakan,”Bahkan kesanggupan melakukan kebaikan kepada mereka yang berbuat salah kepada kita, itu adalah satu yang tinggi nilainya di sisi Allah dan tidak mungkin dilakukan oleh orang-orang yang tidak ada Tuhan dihatinya, tidak terhubung dengan Allah, tidak merasai Tuhan itulah segala-galanya.”

Ikhwan Cafe mencatat sejarah kerana dapat disiapkan dalam waktu yang begitu singkat dengan tenaga dan masa yang terhad.
Majlis diserikan lagi dengan persembahan penuh bertenaga Silat Sufi oleh pelajar Sekolah Zadut Taqwa dan Generasi Harapan telah menghiburkan para tetamu yang hadir dan memeriahkan lagi majlis sehingga ke akhirnya.

Majlis penutup berlaku dengan penuh berkat dan meriah pada jam 11.30 malam. Ianya merupakan satu hadiah berupa sebuah memori yang indah dengan paparan Islam yang penuh wibawa sehingga masyarakat dapat Allah dan Rasul serta bertambah rasa takutkan Allah rindukan Nabi SAW.

Carian Terkini:

  • sambutan hari jadi ceo gisb