4 June, 2020
Home » Malaysia » SARWAR KHAN TERKESAN DENGAN PENDIDIKAN GISB HOLDINGS

SARWAR KHAN TERKESAN DENGAN PENDIDIKAN GISB HOLDINGS

Tetamu yang datang membawa rahmat dan berkat dan perginya membawa dosa-dosa. Pada 23 september 2017, Bandar Ikhwan Limpahan Kasih, Puchong telah didatangi tetamu berbangsa Pakistan yg telah menetap di Australia iaitu Mr.Sarwar Khan seorang ahli korporat yang memiliki 5 syarikat di dalam bidang IT.

Turut bersama beliau ialah YBM Mohd Azri Yunus dan Encik Ali Tahir sebagai penterjemah bahasa. Mr Sarwar Khan, adalah merupakan tuan empunya tanah di Wyong Creek, New South Wales, Australia yang berkeluasan 110 ekar yang telah dibeli oleh GISB HOLDINGS pada Januari lalu.

Kedatangan beliau telah disambut oleh YBM Puan Ruqayah Zakaria yang mewakili YBM Tuan Mohd Fadhil Yasin bersama para pelajar Sekolah Menengah Islam Zadut Taqwa, Puchong. Tujuan kedatangan beliau adalah untuk melihat sendiri pendidikan yang dilagang oleh GISB Holding di Malaysia.

Mr Sarwar Khan sungguh terkesan dengan pendidikan anak-anak GISB Holdings di Australia. Beliau yakin pendidikan ini boleh menjadi contoh kepada anak cucunya. Di dewan VIP Bandar Ikhwan Limpahan Kasih beliau telah dirai dengan persembahan Kebudayaan Islam dari para pelajar disertakan dengan jamuan ringan.

Sambil menjamu selera, Mr Sarwar Khan menyatakan perasaan teruja melihat pelajar disini yang mengamalkan permakaian yang menutup aurat seperti jubah dan bertudung. Beliau berkata, Islam itu dilihat indah pada wanita yang mengamalkan syariat terutamanya dalam hal permakaian dan pergaulan antara lelaki dan wanita.

Di akhir pertemuan, Puan Ruqayah Zakaria telah menyampaikan ucapan serta mengucapkan terima kasih diatas kehadiran Mr Sarwar Khan. Semoga dengan kehadiran para tetamu yang membawa rahmat dan keberkatan, Islam terus dimenangkan menuju ke peringkat empayar.