22 February, 2019
Home » Malaysia » SATU LAGI GH CORNER DIBUKA DI SELANGOR

SATU LAGI GH CORNER DIBUKA DI SELANGOR

Pada 20 Disember 2018, satu majlis perasmian Restoran GH Corner cawangan Klang telah disempurnakan oleh YB Tuan Mohd Rasidi Abdullah diiringi oleh CEO GISB Holdings, Dato’ Lokman Hakim Pfordten dan Pengarah Zon GISB Holdings cawangan Klang iaitu YB Tuan Mohd Fadhil Yasin serta seluruh para jemputan dan tetamu. 

Restoran GH Corner Bandar Bukit Raja, Klang, Selangor merupakan cawangan Rangkaian Restoran GH Corner yang ke 30 mula dibuka pada tahun 2017. Di dalam mewibawakannya ke peringkat global, premis tersebut telah dipindahkan ke lot corner di hujung bangunan dan dinaiktaraf rekabentuk dan senibina kontemporari yang bercirikan Islamik bergaya moden. Walaupun baru sebulan dibuka, namun respon dan penerimaan masyarakat begitu positif bahkan 15% pelanggan tetap adalah dari kalangan bukan Islam. 

Acara pemotongan reben dan menandatangani plak menjadi simbolik perasmian seterusnya seluruh para tetamu dibawa melawat keseluruhan sudut dalaman premis itu termasuk di dua ruangan dapur yang berasingan lelaki dan perempuan bagi memenuhi tuntutan Syariat Islam. Para tetamu seterusnya dijamu dengan jamuan makan tengahari. Majlis berakhir dengan pemotongan kek, pemberian cenderahati dan sesi bergambar.