23 October, 2017
Home » Malaysia » GLOBAL IKHWAN TRAVEL & TOURS MELEBIHI SYARAT PEJABAT PELANCONGAN

GLOBAL IKHWAN TRAVEL & TOURS MELEBIHI SYARAT PEJABAT PELANCONGAN

Pada 24 Julai 2017, GISB Holdings Zon Haramain telah menerima kunjungan tetamu dari Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia di Pejabat Global Ikhwan Travel and Tours yang berlokasi di Bandar Enstek, Sepang, Selangor.

Kunjungan Encik Roslan bin Bidin Ketua Unit Pelesenan dan Pembangunan dari Pejabat Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Sembilan, Malaysia bersama pembantunya Encik Fariz telah disambut oleh YBM Tuan Hj Salleh Saliyan Ahli Lembaga Pengarah Cawangan Haramain, Puan Hamimah Yaakub dan Encik Alashaari Abdul Rahman. Lawatan ini bertujuan untuk membuat pemeriksaan pejabat baru cawangan Global Ikhwan Travel and Tours yang merupakan anak syarikat GISB Holdings Sdn Bhd.

YBM Tuan Hj Salleh Saliyan telah menerangkan kepada para pegawai tentang aktiviti dan susunan kerja di Global Ikhwan Travel and Tours. Diantaranya ialah menguruskan visa dan pakej ziarah untuk para Jemaah Haji dan Umrah ke tanah suci Mekah dan Madinah serta pakej ziarah ke Jordan, Mesir, Turki, Australia dan Negara Eropah yang sering menjadi tumpuan para pelancong.

Mereka turut dibawa melawat ke Dewan Global Ikhwan Travel and Tours yang sedang dalam pengubahsuaian sebagai tempat untuk diadakan kursus bimbingan dan panduan haji dan umrah. Mereka juga turut berkunjung ke Bazar Haji iaitu premis yang menjual dan membekalkan buah tangan daripada Timur Tengah dan produk-produk keluaran GISB Holdings seperti pakaian dan kopiah Ikhwan.

Pada akhir lawatan, para tetamu telah dijamu dengan makanan tengahari di Restoran Ikhwan Enstek. Encik Roslan menyatakan bahawa pejabat Global Ikhwan Travel and Tours telah melebihi syarat sebagai pejabat pelancongan dengan pelbagai kemudahan dan memberi jaminan kelulusan dalam tempoh yang singkat. Beliau juga mengizinkan papan tanda pejabat Global Ikhwan Travel and Tours untuk segera dipasang.

Semoga dengan lawatan yang diadakan akan menjadikan Global Ikhwan Travel and Tours semakin berkembang maju dan merealisasikan impian YBM Tuan Rashidi Abdullah Pengerusi Eksekutif GISB Holdings Sdn Bhd untuk menjadikan Sektor Perkhidmatan sebagai alat untuk berkhidmat sesama manusia yang merupakan salah satu daripada tuntutan Islam sebagai seorang hamba dan khalifah Tuhan.

Carian Terkini:

  • Muassasah Global Ikhwan Malaysia Bandar Baru Enstek Negeri Sembilan Malaysia