13 December, 2018
Home » Malaysia » UMNO SELAYANG ANJURKAN PROGRAM HARI MALAYSIA DI RESTORAN IKHWAN

UMNO SELAYANG ANJURKAN PROGRAM HARI MALAYSIA DI RESTORAN IKHWAN

Pada 15 Sept 2017, satu program memperingati Hari Malaysia telah dilangsungkan salah satu rangkaian restoran GISB Holdings iaitu Restoran Ikhwan Selayang, Selangor. Majlis tersebut dianjurkan oleh UMNO Bahagian Selayang.

Program anjuran Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) itu telah diketuai oleh, Yang berbahagia Dato’ Ahmad Bahari Abdul Rahman mantan pengerusi UMNO Selayang. Program yang bermula pada jam 9 malam itu telah dirasmikan oleh Yang Berhormat YB Datuk Abdul Shukur bin Haji Idrus, Timbalan Pengerusi UMNO Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Daerah Kuang. Program telah di hadiri oleh veteran-veteren UMNO.

GISB Holdings juga turut bekerjasama di dalam menyediakan katering bagi penyokong UMNO yang hadir juga set makan bagi tetamu kehormat. Program itu merupakan program tahunan dan ini kali ke 2 berlangsung dengan kerjasama GISB Holdings.

Antara kata-kata YB Dato’ Ahmad Bahari Abdul Rahman, semua yang hadir cukup berpuas hati dengan katering dari GISB Holdings kerana GISB Holdings menerapkan makanan yang suci, halal dan bersih. Beliau begitu kagum dengan hasil usaha GISB Holdings yang telah membuka cawangan perniagaan hampir di seluruh dunia atas nama Melayu dan Islam dan belum ada syarikat lain yang melaksanakannya seperti yang dilakukan oleh GISB Holdings.