13 December, 2018
Home » Jordan » Amman » Majlis Perasmian Motorsikal ‘Delivery’ Nur Malaysia Amman

Majlis Perasmian Motorsikal ‘Delivery’ Nur Malaysia Amman

Amman, Jordan. 13-Sept-2018

Alhamdulillah dengan keberkatan Rasulullah SAW dan para kekasih Tuhan, juga keberkatan bulan Muharram yang mulia ini, Ybhg Tuan Harun Taat, Pengarah Zon GISBH Jordan telah merasmikan sebuah motorsikal khidmat penghantaran (delivery) untuk Restoran Nur Malaysia Amman, Jordan.

Di majlis tersebut Ybhg Tuan Harun juga sempat bertemu dengan simpati GISBH berasal dari India yang tiba dari Mekah, Mr Asyfaq dan adik iparnya Dr Jahangir. Mereka menjadi tetamu GISBH Jordan dan telah dibawa menziarahi makam-makam Para Nabi dan Sahabat-sahabat di sini.

Perasmian motor disempurnakan oleh Ybhg Tuan Harun Taat bersama-sama dua orang tetamu Mr Asyfaq dan Dr Jahangir dengan memotong reben perasmian. Seterusnya bacaan doa dari Ybhg Tuan Harun. Ybhg Tuan Harun juga menaiki motor tersebut dan menghidupkan enjinnya sebagai simbolik sempurnanya perasmian tersebut.

Seterusnya majlis diteruskan dengan sesi memotong kek perasmian oleh Ybhg Tuan Harun Taat bersama tetamu dan Setiausaha Zon. Kek tersebut telah diagihkan sendiri oleh Ybhg Tuan kepada tetamu, staf Restoran dan pelanggan dari Singapura yang berada di restoran.

Di Majlis itu juga diadakan penyampaian cenderahati kepada tetamu GISBH iaitu Mr Ashfaq dan Mr Jahangir.

Menu yang telah dihidangkan ialah mee kari, nescafe dan buah-buahan. Tetamu memuji kelazatan masakan Restoran Nur Malaysia.

Acara akhir ialah sesi bergambar bersama tetamu dan bersalaman. Mr Ashfaq sangat memuliakan Ybhg Tuan Harun dengan mencium lama tangan Ybhg Tuan Harun dan mencium dahi Ybhg Tuan Harun setiap kali bersalaman.

Segala yang berlaku adalah atas keberkatan kerana di Jordan ini untuk mendapatkan lesen motor sangatlah sukar dan kosnya agak tinggi dan rumit kerana lesen motor tidak dibuka kepada umum seperti lesen kenderaan yang lain. Kebanyakkannya hanya digunakan sebagai kenderaan khidmat penghantaran makanan restoran sahaja.

Moga kami menjadi orang yang pandai bersyukur dengan nikmat Allah lalu Allah tambah dengan nikmat-nikmat-Nya yang lain demi untuk membela Allah dan Rasul-Nya.
Sekian. Ampun maaf.