13 December, 2018
Home » Luar Negara » MB JOHOR KE VILLA GISBH MEKAH UNTUK BERBUKA PUASA

MB JOHOR KE VILLA GISBH MEKAH UNTUK BERBUKA PUASA

[:my]

Pada 31 Mei 2017, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohamed Khaled bin Nordin Menteri Besar Johor bersama rombongan telah dijemput ke Villa GISB Holdings Mekah untuk jamuan berbuka puasa dan makan malam. Beliau yang datang ke Mekah untuk menunaikan ibadah umrah telah disambut oleh Tuan Hj Salleh bin Saliyan dan Tuan Hj Harun bin Taat, Ahli Lembaga Pengarah GISB Holdings Timur Tengah.

Kedatangan beliau adalah untuk bersilaturahim dan beramah mesra bersama staf GISB Holdings disamping mengenali dengan lebih dekat GISB Holdings yang kini berada di seluruh dunia. Beliau juga mengenali Tuan Hj Salleh bin Saliyan dan Tuan Hj Harun bin Taat yang turut berasal dari Johor. Beliau melahirkan rasa kegembiraan kerana keberadaan GISB Holdings di Haramain akan memudahkan urusan ibadah umrah dan haji rakyat Malaysia di masa hadapan.

Rombongan telah dihidangkan dengan makanan kegemaran beliau. Antaranya mee bandung, soto nasi, ikan asam pedas, sup kambing dan siakap steam. Sambil menikmati juadah makan malam rombongan turut ditayangkan dengan Profile Muassasah Global Ikhwan anak Syarikat GISB Holdings yang menguruskan jemaah Haji dan Umrah di Haramain. Di samping itu rombongan turut dihiburkan dengan persembahan nasyid dari Generasi Harapan.

Sewaktu pulang, Tuan Hj Salleh bin Saliyan turut memperkenalkan barisan Ahli Lembaga Penasihat GISB Holdings kepada YAB Dato’ Sri Mohamed Khaled bin Nordin. Beliau mengucapkan terima kasih diatas jemputan makan malam yang mana sepanjang berada di Haramain beliau rindu untuk makan makanan citarasa Malaysia. Semoga Islam semakin megah dan digemilangkan dan dengan hubungan silaturrahim ini, manusia mendapatkan takut Allah dan rindu Rasul.

[:]