13 December, 2018
Home » Arab Saudi » MUASSASAH GLOBAL IKHWAN MENGIRINGI ARTIS MENGADAKAN UMRAH

MUASSASAH GLOBAL IKHWAN MENGIRINGI ARTIS MENGADAKAN UMRAH

[:my]

Muassasah Global Ikhwan (MGI), Arab Saudi telah diberi kepercayaan mengiringi Jemaah Umrah dari kalangan artis iaitu DJ Radio Linda Onn dan pelakon Betty Banafe sepanjang keberadaan mereka di Haramain pada 3 Mac yang lalu.

Mereka yang diiringi oleh suami dan ahli keluarga disambut oleh staf MGI di Lapanganterbang Jeddah sebelum meneruskan perjalanan ke Madinah.

Bersama MGI mereka merasakan pengalaman baru dalam melakukan ibadah umrah dan ziarah di Haramain walupun sebelum ini telah beberapa kali mengunjunginya. Keberadaan mereka slama 5 hari itu telah dibawa mengikuti pakej khas yang disediakan oleh MGI, antaranya melawat muzium, tempat-tempat bersejarah, melawat Pusat Pertanian dan Penternakan Wadi Ikhwan di Mekah serta Bukit Magnet di Madinah.

Mereka juga turut diundang ke Villa GISBH Mekah dan Madinah. Betty Benafe meluahkan rasa kagumnya terhadap keindahan dan kecantikan Villa GISBH di Mekah dan Madinah. Beliau turut memberi respon yang baik terhadap rancangan TV Ikhwan yang ditayangkan.

Linda Onn dan Betty Benafe mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas layanan MGI sepanjang berada di Haramain. Mereka bercadang untuk datang lagi dengan mendapatkan perkhidmatan dari MGI pada masa akan datang.

[:]

Carian Terkini:

  • global ikhwan