22 November, 2018
Home » Arab Saudi » PAKEJ BARU ZIARAH DI ARAB SAUDI DARI MUASSASAH GISBH

PAKEJ BARU ZIARAH DI ARAB SAUDI DARI MUASSASAH GISBH

[:my]

Salah satu syarikat GISB Holdings di Arab Saudi, Muassasah Global IKhwan di Mekah telah menambah pakej ziarah ke kawasan baru yang jarang-jarang diusahakan samada oleh syarikat muassasah di Arab Saudi mahupun mana-mana agensi pelancongan dari Malaysia. Pakej baru itu ialah lawatan ke Pusat Arkeologi Madain Soleh dan kawasan sekitarnya.

Pakej ini telah dibuka secara rasmi sejak Januari 2017 kepada jemaah umrah dan pelancong-pelancong dengan bayaran sebanyak Saudi Riyal 550 seorang untuk 1 hari atau SR750 selama 2 hari. Pakej termasuk khidmat mutawwif, kenderaan, makan dan hotel bagi yang memilih pakej 2 hari.

Pakej ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan terutama dari warga Malaysia yang menetap di Arab Saudi mahupun jemaah umrah dari Malaysia. Antara tempat-tempat menarik yang dilawati adalah Stesen Keretapi Uthmaniyah, penempatan lama Kaum Tsamud Nabi Soleh A.S, Bangunan Pahat Kaum Nabatean, Kubu Al Ula, Perkampungan Lama Al Ula, Bukit Gajah dan Perkampungan Khaybar.

Moga-moga dengan pakej yang disediakan akan mewibawakan lagi GISB Holdings agar Tuhan ditakuti dan Nabi dicintai untuk Islam dijunjung dan digemilangkan semula di bumi Arab Saudi.

[:]