13 December, 2018
Home » Jordan » Irbid » SAMBUTAN AWAL MUHARRAM GISBH LUAR NEGARA MAT’AM NUR MALAYSIA IRBID JORDAN

SAMBUTAN AWAL MUHARRAM GISBH LUAR NEGARA MAT’AM NUR MALAYSIA IRBID JORDAN

Pada 11 September 2018 bersamaan 1 Muharram 1440 Hijriah semua umat Muslim meraikan kedatangan Tahun Baru Hijriah, tidak ketinggalan juga cawangan GISB Holdings Sdn Bhd yang berada di Jordan. Majlis di adakan di Mat’am Nur Malaysia Irbid bermula jam 8 malam dan berakhir jam 10 malam, telah dihadiri oleh Pengarah Zon Syam, YBhg. Tuan Harun Taat.

Majlis dimulai dengan ucapan YBhg. Tuan Harun Taat yang berkongsi tentang hikmah hijrah Rasulullah SAW yg perlu kita hayati dan di ambil pengajaran. Sambil menjamu selera, tetamu dihiburkan dengan persembahan nasyid, tarian dan lakonan anak-anak Tadika Ummu Azura. Para tetamu sangat teruja melihat persembahan daripada anak-anak hadhonah. Tetamu yang hadir mengucapkan ribuan terima kasih atas layanan yang diberikan dan cukup terhibur dgn persembahan anak-anak tersebut.

Diantara tetamu yang hadir; seramai 60 orang dari kalangan pelajar Malaysia dan Singapore yg belajar di sini, ibu bapa pelajar yang dtg menghantar anak utk belajar di sini, juga 1 keluarga arab, Abu Muhammad yg merupakan pelanggan tetap di Mat’am Nur Malaysia Irbid. Anaknya 2 orang bekerja di Dubai merupakan pelanggan di Mat’am Nur Malaysia Dubai.

Ketika sedang berlangsungnya persembahan, ramai pejalan kaki juga anak-anak pelarian Syria yang lalu dihadapan Mat’am berhenti untuk menyaksikan persembahan dari luar Mat’am.

Antara menu hidangan yang disediakan: kambing golek , mee sup, satay daging, mushroom sup, roti, nasi putih, agar-agar, biskut mazola dan buah-buahan.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama sebahagian tetamu yang hadir. Semoga mereka dan kami semua mendapat Allah dan Rasul. Berhijrah menuju kemenangan atas keberkatan.