13 December, 2018
Home » Thailand » Bangkok » CEO GISBH TERIMA PINGAT DARI PERMAISURI THAILAND

CEO GISBH TERIMA PINGAT DARI PERMAISURI THAILAND

Alhamdulillah dengan keberkatan Rasulullah SAW dan para kekasihnya YBM Dato Lokman Hakim Pfordten CEO GISB Holdings Sdn. Bhd. sekali lagi menerima satu plak anugerah dari Permaisuri Thailand pada 10 November 2017 yang lalu di Muslim Thai Fair 3, Bangkok, Thailand.

Muslim Thai Fair merupakan satu majlis tahunan yang mempamerkan barangan-barangan halal di seluruh Thailand yang terdiri dari makanan pakaian ubat-ubatan dan lain-lain. Majlis kali ketiga ini telah diadakan di dataran Stadium Rajamangala, Bangkok.

Pada asalnya beliau dengan diiringi YBM Tuan Hasnan Abdul Hamid iaitu Ahli Lembaga Penasihat GISBH dan YBM Tuan Muhammad Adam Presiden Global Ikhwan Foundation Thailand menghadiri majlis tersebut hanya sebagai tetamu VIP. Akan tetapi secara tiba-tiba Dato’ Lokman Hakim juga dipanggil sebagai salah seorang yang akan menerima anugerah tersebut bersama para VIP yang lain.

Antara lain yang hadir ialah ketua-ketua tentera dan polis ahli perniagaan besar artis-artis ulamak dan lain-lain. Kewibawaan YBM Dato Lokman Hakim Pfordten sangat menarik hati-hati VIP yang lain. Ada yang lama berbincang dengan beliau tentang sistem yang dibangunkan oleh syarikat dan tidak kurang juga yang beramah mesra denga beliau. Dato’ Lokman Hakim juga sempat ditemuramah oleh wartawan dari Pusat Pentadbiran Selatan Thailand di majlis tersebut.

Semoga Islam semakin dimartabat dan dimuliakan di negara Gajah Putih ini.