23 October, 2017
Home » Thailand » Satun » JUMAAT BERKAT ANJURAN GISBH DIKEMBANGKAN KE THAILAND PULA

JUMAAT BERKAT ANJURAN GISBH DIKEMBANGKAN KE THAILAND PULA

Hari Jumaat adalah hari yang penuh keberkatan oleh sebab itu ia digelar Sayyidul Ayyam bermaksud penghulu hari, sebagai menyahut hasrat Pengerusi Eksekutif GISBH, YBM Tuan Mohd. Rasidi Abdullah untuk memburu keberkatan hari Jumaat, maka GISB Holdings Thailand telah mengadakan Program Jumaat Berkat.

Program ini telah mula diperkenalkan oleh YBM Tuan Mohd. Rashidi Abdullah di Indonesia. Program ini telah memberi peluang kepada masyarakat di Thailand yang ingin mengambil keberkatan hari Jumaat dengan bersedekah kepada mereka yang memerlukan.

Sedekah ini telah diberikan didalam bentuk makanan yang diisi di dalam kotak. Antara tempat-tempat yang telah diagihkan ialah di Rumah-rumah Kebajikan, Ibu-ibu Tunggal Dan Orang Tua, Pusat Kebajikan Anak-anak Yatim Dan Fakir Miskin serta mangsa-mangsa banjir di Satun, Selatan Thai.

Semoga dengan permulaan ini membuatkan kami pandai dalam memburu keberkatan untuk meneruskannya pada setiap hari Jumaat.