23 October, 2017
Home » Luar Negara » WAKIL GISBH HADIR MAJLIS MOU PEMBINAAN JAMBATAN MALAYSIA-THAI

WAKIL GISBH HADIR MAJLIS MOU PEMBINAAN JAMBATAN MALAYSIA-THAI

Pada 14 Julai 2017 yang lalu, Yayasan Global Ikhwan Thailand diketuai oleh YBM Tuan Muhammad Adam telah menghadiri satu majlis MOU (Memorandum of Understanding) atau Memorandum Persefahaman antara syarikat konglomerat Thailand dengan syarikat Malaysia di Satun, Thailand.

MOU tersebut adalah berkenaan pembinaan jambatan yang menghubungkan Wang Prachan di Satun dan Wang Kelian di Kuala Perlis, Malaysia. Antara yang hadir adalah pemilik kepada syarikat konglomerat tersebut iaitu Puan Maprani. Beliau adalah seorang yang banyak terlibat dengan projek-projek mega dan sanggup melabur dengan jumlah yang besar.

Setelah diperkenalkan dengan GISBH sebagai syarikat koperat antarabangsa yang berpusat di Malaysia, beliau sangat kagum dan gembira serta yakin GISBH untuk dijadikan rakan perniagaannya khususnya di Malaysia. Puan Maprani sangat berharap dapat dipertemukan dengan CEO GISBH iaitu YBM Dato’ Lokman Hakim Pfordten.

YBM Tuan Muhammad Adam telah menjemput beliau dan rombongannya ke Restoran Ikhwan Fried Chicken Satun untuk jamuan makan. Mereka sangat teruja dengan suasana, makanan dan juga persembahan nasyid yang dipersembahkan kepada rombongan.

Puan Maprani dan suami dihadiahkan Al Quran terjemahan Bahasa Thai

Dua minggu selepas majlis tersebut Puan Maprani dan suaminya beragama Buddha ke Pejabat Yayasan Global Ikhwan Khlong Nueng. Oleh kerana sangat terkesan dengan layanan dan akhlak mulia YBM Tuan Muhammad Adam terhadap mereka hingga terluncur dari mulut mereka minat dengan Islam dan ingin mendalami lebih lanjut tentang ilmu al-Quran. Di akhir pertemuan, YBM Tuan Muhammad Adam telah menghadiahkan senaskah Al Quran berserta terjemahan dalam Bahasa Thai kepada pasangan suami isteri tersebut agar mereka dapat mendalami lagi Islam.

Video berita boleh ditonton di sini.

Carian Terkini:

  • berita jambatan perlis ke satun