24 February, 2020
Home » Thailand » Bangkok » TV THAILAND BEKERJASAMA DENGAN TV IKHWAN

TV THAILAND BEKERJASAMA DENGAN TV IKHWAN

[:my]

Satu majlis menandatangani perjanjian dan persefahaman atau MOU secara rasmi antara TV Ikhwan Thailand bersama Pengarah Good Living TV telah diadakan di Kafe Ikhwan Lorlae, Bangkok pada bulan April yang lalu.

Pengarah Good Living TV telah menawarkan TV Ikhwan untuk turut serta bersama mereka berganding bersama TV SI. Ramai penonton telah membuat panggilan kepada TV Ikhwan dan bertanya samada TV Ikhwan masih beroperasi di Thailand. Sejak dilancarkan semula, ramai penonton TV Ikhwan yang mengucapkan terima kasih kerana menyambung kembali siaran dan meluahkan perasaan mereka bahwa mereka begitu berminat menontonnya.

Good Living TV merupakan sebuah stesen TV Thailand, di mana TV Ikhwan bersiaran sebanyak 3 jam seminggu dan 3 jam percuma sebagai ulangan. Siaran itu bermula tahun ini. Ini merupakan channel TV ke 4 yang dimasuki sepanjang TV Ikhwan beroperasi.

Pengarah TV tersebut telah datang bersama pengarah urusan dan setiausahanya dan disambut mesra oleh Tuan Muhammad Adam, Pengarah GISB Holdings di Thailand. Pengarah Good Living, saudara Solihin, menceritakan bahawa beliau sangat menyukai kandungan rancangan yg dihantar oleh TV Ikhwan. Beliau juga meluahkan kekecewaannya terhadap penyiar TV lain. Walaupun rancangan TV yang lain itu banyak menceritakan tentang Islam, namun terdapat banyak perselisihan pendapat dan pergaduhan sesama sendiri. Justru, beliau tidak nampak rancangan TV lain yang boleh membawa dan menceritakan Islam melainkan TV Ikhwan.

Saudara Solihin juga mencadangkan dan mengharapkan agar TV Ikhwan dapat disiarkan setiap hari. Harga asal bayaran bagi siaran 3 jam seminggu adalah 60,000 Baht sebulan. Untuk siaran setiap hari, beliau menawarkan harga yang sangat murah iaitu hanya sekitar 90,000 Baht sahaja sebulan. Beliau juga menyatakan hasratnya ingin membantu TV Ikhwan dalam bahagian teknikal, dengan mengadakan kursus dan sebagainya.

Sebaik saja selesai menandatangani perjanjian MOU, Tuan Muhammad Adam telah dibawa melawat ke pusat stesen pemancaran 10 Channel TV di Thailand termasuk Good Living TV yang terletak berhampiran Nation University. Tuan Muhammad Adam telah diberi penerangan mengenai prosedur dan perjalanan rancangan-rancangan yang dipancarkan di situ. Ajaibnya, saudara Solehin mengatakan bukan suatu yang mudah untuk mana-mana pihak dapat memasuki seluruh tempat di situ serta diberi kebenaran mengambil gambar, video dan sebagainya. Walaubagaimanapun, kedatangan Tuan Muhammad Adam ke situ sangat dialu-alukan memandangkan Tv Ikhwan merupakan rakan penyiar atau partner kepada pihak Good Living TV. Tuan Muhammad Adam kemudiannya dibawa melawat ke seluruh kawasan pejabat tempat mereka beroperasi yang terdiri dari bilik editing, stesen pemancar, bilik switcher rancangan, studio green screen, server dan sebagainya serta mendapat penerangan terperinci dari saudara Solihin.

[:]