13 December, 2018
Home » UAE » Dubai » NUR MALAYSIA DUBAI SEDIAKAN KATERING MAKAN MALAM KSN

NUR MALAYSIA DUBAI SEDIAKAN KATERING MAKAN MALAM KSN

Perkhidmatan servis katering daripada GISB Holdings yang sangat menekankan kesucian dan keberkatan makanan terus menjadi pilihan masyarakat umum serta badan-badan kerajaan Malaysia.

Tan Sri Dr Ali Hamsa

Alhamdulillah, pada 9 Februari yang lalu, Nur Malaysia Restaurant cawangan Dubai telah menerima tempahan servis katering daripada pihak Konsulat Malaysia di Dubai, bagi satu majlis khas, warga Malaysia disini bersama Ketua Setiausaha Negara (KSN), Yang Berbahagia Tan Sri Dr Ali Hamsa. Majlis tersebut bermula pada jam 7 malam bertempat di Rumah Malaysia, Al Barsha yang juga merupakan kediaman rasmi Konsul Jeneral. Lawatan Tan Sri Dr Ali Hamsa ke Dubai adalah untuk menyertai Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia (WGS) yang berlangsung selama tiga hari bermula 11 Februari. WGS dihadiri oleh 140 kerajaan seluruh dunia, 16 organisasi antarabangsa dan lebih 4,000 delegasi.

Ketibaan beliau dan isteri, Puan Sri Datuk Seri Rohani Abdullah ke Rumah Malaysia disambut meriah oleh kira kira 70 orang tetamu yang hadir pada malam tersebut. Pada permulaan majlis, diadakan sesi dialog dan soal jawab antara beliau dengan hadirin yang hadir. Pelbagai isu semasa diutarakan, bagi mendapat penjelasan dari beliau sendiri.

Setelah itu, hadirin dijemput untuk menikmati makan malam yang disediakan secara buffet dengan pelbagai pilihan lauk pauk dan kuih muih. Antara yang menjadi tarikan adalah menu Kambing Golek yang disediakan secara langsung dilokasi tersebut. Servis katering dari Nur Malaysia Restaurant pada kali ini mendapat kepercayaan sepenuhnya daripada pihak konsulat, bermula dari penyediaan makanan, set hidangan, hinggalah kepada sewaan serta susun atur kerusi dan meja. Pemakaian uniform seragam Nur Malaysia Restaurant juga menyerlahkan lagi kekemasan dan keselarasan para petugas katering.

Sebelum beransur pulang, Tan Sri Dr Ali Hamsa sempat meluangkan masa bergambar dengan kesemua hadirin yang hadir. Para petugas katering dari Nur Malaysia Restaurant juga tidak ketinggalan untuk bergambar kenangan, serta menerima ucapan terima kasih daripada beliau atas khidmat yang diberikan. Diharapkan dengan segala usaha kerja yang dibuat, adalah untuk mempromosikan Islam yang indah dan lengkap dalam semua aspek kehidupan yang bermula dari hati yang terhubung dengan Allah dan Rasul.

Carian Terkini:

  • gisb holding dubai