18 November, 2017
Home » UAE » Dubai » GISBH TERUS ERATKAN HUBUNGAN DENGAN KENALAN DI DUBAI

GISBH TERUS ERATKAN HUBUNGAN DENGAN KENALAN DI DUBAI

Ketibaan Pengarah GISBH Negara-Negara Teluk, YBM Tuan Nik Hazani Nik Mohamad ke Dubai pada pertengahan bulan September yang lalu, telah diberi kesempatan untuk bertemu dan menziarahi kenalan GISB Holdings di sini.

Pada 15 September, YBM Tuan Nik Hazani diiringi oleh Puan Anisah Morah beserta 3 orang wakil GISB Holdings Dubai telah berkunjung ke rumah salah seorang kenalan rapat, iaitu Mr Hanif. Beliau adalah seorang ahli perniagaan yang berasal dari Kerala, India dan telah menetap di UAE lebih dari 20 tahun.

Selain mempunyai sebuah restoran yang beroperasi 24 jam setiap hari, Mr Hanif juga menguruskan beberapa perniagaan yang lain di Dubai dan Sharjah. Beliau sebelum ini juga telah beberapa kali menjemput kesemua staff Restoran Nur Malaysia Dubai, untuk menjamu selera di restoran miliknya.

Dalam kunjungan tersebut, Mr Hanif menyatakan sanggup membantu GISBH jika memerlukan apa sahaja pertolongan. Beliau yang tahu syarikat GISB telah bertapak di seluruh dunia, turut berbesar hati untuk membantu jika ingin membuka cawangan di negara asalnya, iaitu India. YBM Tuan Nik Hazani juga turut mempelawa beliau berkunjung ke Malaysia, untuk melihat dengan lebih dekat sistem kehidupan Islam secara syumul yang dipraktikkan di dalam GISBH.

Pada 17 September pula, YBM Tuan Nik Hazani Nik Mohamad telah menerima kunjungan daripada Mr Khalid, kenalan baru yang merupakan kerabat diraja Dubai. Pertemuan singkat tersebut telah diadakan di Restoran Nur Malaysia, Dubai pada sebelah petang. Mr Khalid sebelum ini telah banyak membantu GISB Holdings dalam memudahkan urusan-urusan rasmi yang dibuat disini. Malah sepanjang keberadaan YBM Tuan Nik Hazani di Dubai, beliau turut menawarkan perkhidmatan doktor peribadinya, jika menghadapi masalah kesihatan.

Diharapkan dengan perkenalan dan hubungan rapat dengan masyarakat setempat disini, akan menarik minat mereka untuk turut sama membantu dalam memartabatkan Islam yang lebih berwibawa.